Pembekal Rumput | Panduan Lengkap Menanam Rumput

CARA CARA MENANAM RUMPUT KARPET ATAU RUMPUT HIASAN LAMAN


1. Bersihkan kawasan,buang lalang atau buang rumput lama serta saki baki bahan binaan sekiranya ada. Paling penting, akar rumput lama perlu dibuang habis bagi mengelakkan rumput lama dan rumput liar tumbuh kembali.

2. Setelah buang semua sisa di kawasan yang akan ditanam rumput, ratakan dan padatkan tanah. Kalau ada pokok, tanam sebelum lapisan pasir dan rumput diletakkan

3.Sembur sedikit racun rumpai atau racun pra cambah untuk mengelakkan rumput liar lebih cepat tumbuh.

4. Letakkan pasir halus bagi menutup lapisan tanah. Fungsi pasir adalah untuk meratakan permukaan tanah dan ia juga bagus untuk pertumbuhan akar baru.


5. Buka plastik polybeg dan Susun rumput secara rapat tapi jangan bertindih.sebaiknya elakkan menanam rumput jarak yang besar kerana menggalakkan pertumbuhan rumput liar lebih cepat di bahagian kawasan yang kosong.



6.Siram serta-merta lepas tanam. Siram hingga tanah bawah basah. Untuk seminggu dua.pastikan tanah di bahagian bawah kepingan rumput basah di waktu pagi dan tengahari.

Selepas itu, siram bila keadaan memerlukan. maksudnya, bila tanah di bawah rumput kering barulah siram. 


7.Jangan pijak rumput untuk lebih kurang sebulan sehinggalah akar rumput dah tumbuh.

8.Mula potong pada minggu ke lima, jangan potong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput.

9.Seterusnya boleh mulakan proses top dressing.proses ini bertujuan untuk meratakan kawasan di mana rumput tidak tumbuh dengan rata.

Untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi

01151132007

Atau whatsapp di link

http://wasap.my/601151132007

https://pembekalrumput.com

https://website.beacons.ai/pembekalrumput

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top