RUMPUT perlu disiram supaya tidak layu dan kering.
pagi atau sejurus matahari terbenam masa paling sesuai siram laman
Memiliki halaman berumput yang subur dan rapi tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, ia boleh diperoleh
dengan merujuk buku, majalah, internet malah pakar landskap yang sudi mendedahkan cara menjaga dan
memeliharanya. Sebaik asas penjagaan diketahui, anda mampu melakukannya sendiri. Malah, silap gaya,
jiran dan rakan pula datang meminta diperturunkan petua dan ilham membentuk halaman indah.
Memangkas dan menyabit rumput perkara paling asas menzahirkan halaman terjaga rapi.
Bagaimanapun
tekniknya perlu betul terutama jika ini membabitkan pengalaman pertama anda memangkas dan menyabit
rumput. Jika ini kali pertama anda melakukannya, pastikan hayunan sabit anda mencecah hingga ke akar
rumput. Selain membuang rumput mati, tujuan utamanya ialah membenarkan rumput baru dan lebih hijau
tumbuh dengan cepat. Pastikan kawasan berumput itu dicakar dan digembur sekalipun tidak keseluruhan
rumput halaman anda potong dan pangkas. Cara ini dipercayai membantu menyuburkan tanah sekali gus
menggalakkan pertumbuhan rumput baru yang lebih subur.
Kali kedua memotong rumput, pastikan mata sabit tidak dihayun terlalu dalam. Ketika cuaca panas terik,
pastikan layahan sabit tidak mengena tanah yang mengakibatkan rumput bertukar kekuningan.
Seperti
pokok dan bunga, halaman juga perlukan siraman supaya tidak layu dan kering. Sebelum itu, penting bagi
anda mengenalpasti spesies rumput dan jenis tanah bagi mengagak jumlah dan kadar siraman yang
diperlukan.
Jangan sesekali menyiram halaman selepas hujan kerana ini menjadikan tanah tepu dan pada
akhirnya rumput akan mati.
Detik terbaik menyiram halaman adalah pada awal pagi atau sejurus matahari terbenam. Ketika ini proses
pemeluwapan kurang berlaku sekali gus membantu air meresap jauh ke dalam tanah.
Baja antara faktor
penentu kesuburan tanah. Justeru, penting bagi anda mengenal pasti jenis tanah. Jika tidak pasti, bawa
contoh tanah kepada pakar landskap dan pusat semaian supaya mereka boleh mencadangkan jenis baja
yang sesuai untuk halaman anda.
Ada dua jenis baja untuk dipilih iaitu kimia atau organik. Apapun pilihan anda, pastikan arahan
penggunaannya dipatuhi kerana terlebih meletak baja boleh merosakkan halaman. Seperkara yang tidak
semua orang tahu ialah tanah dan akar rumput memerlukan udara untuk bernafas terutama bagi tanah
jenis padat. Untuk menguji kepadatan tanah, tuang sedikit air ke dalam tanah dan tunggu beberapa minit
untuk melihat keupayaannya meresap air. Tanah yang gagal meresap air bermakna mempunyai karbondioksida yang berkumpul di dalamnya.
Cara paling mudah menanganinya ialah tebuk lubang halus mengikut
jarak tertentu di tanah. Tujuannya supaya oksigen dan air dapat meresap sampai ke akar. Lubang
berkenaan seharusnya berliang kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
JENIS RUMPUT HIASAN:
• Cow grass
Cow grass atau nama saintifiknya Axonopus compressus (ada yang mengatakan Paspalum conjugatum) ini
amat disyorkan ditanam di halaman rumah. Mudah dijaga kerana tidak perlu banyak baja dan tahan
serangan serangga serta penyakit. Lambat panjang melainkan diberi lebih baja. Berakar pendek
menyukarkannya hidup dalam cuaca kemarau.
• Bermuda grass
Cynadon dactylon adalah hibrid “perkahwinan” di antara Cynodon dactylon dengan Cynodon transuaalensis.
Rumput ini hidup subur dalam cuaca panas terik juga berupaya menerima hujan yang banyak. Dalam cuaca
tidak menentu, daunnya tumbuh kurus dan panjang. Sesuai untuk kawasan lapang seperti padang golf, bola
dan taman permainan lapang.
• Serangoon grass
Digitaria didactyla lazimnya hidup di kawasan tropika dan subtropika. Keistimewaannya ialah ia tahan banjir
(namun dalam jangkamasa pendek) dan mampu mengharungi kemarau dengan mengecut dan
menggugurkan daunnya. Penjagaannya tidak cerewet kerana lambat panjang dan tidak bergantung hidup
dengan baja. Namun, warna hijau mudanya itu menyebabkan ia kurang diminati untuk dijadikan rumput
laman.
• Zoysia grass
Zoysia matrella atau kekadang Zoysia japanica, Zoysia tenufolia serta sesetengah hibrid terdiri daripada
Zoysia japanica dan Zoysia tenufolia tergolong di bawah keluarga ini. Warna hijau mudanya sama dengan
Serangoon grass tetapi daunnya lebih kurus. Tumbuh menegak berbanding mendatar sekali gus menjadikan
kerja memotong sekali ganda lebih banyak. Cantik apabila dibela rapi namun kos penyelenggaraannya
tinggi kerana memerlukan banyak baja. Mempunyai kandungan silika lebih banyak berbanding rumput biasa
menjadikannya keras. Disebabkan itu ia sesuai menghiasi padang bola dan golf biarpun ‘kelasakannya’ di
kotak penalti diragui. Matrella dan japonica dibezakan menerusi bunga matrella yang berwarna merah.
TIP
Menanam rumput
Tiada beza menanam rumput dengan pokok kerana kedua-duanya ada kaitan dengan minat, sebab dan
keperluan. Normas Yakin, Pengurus rumput turf menerusi laman webnya menasihatkan anda mengenal pasti terlebih dulu tujuan penanaman sebelum ke pusat semaian memilih
jenis rumput;
• Kegunaan. Adakah tujuan rumput ditanam semata-mata memperindah halaman rumah, menghiasi taman
kanak-kanak, bagi tujuan rekreasi berupa padang bola, golf dan sebagainya. Lain kegunaan maka lain jenis
rumputnya.
• Tahap penjagaan membabitkan kesanggupan anda memelihara dan memuliharanya. Misalnya berapa
kerap diperuntukkan untuk memotong dan membajanya, berapa jam dalam sehari anda membuang rumput
liar serta menanam rumput baru dan sebagainya.
• Kawasan penanaman – adakah ia ditanam berdekatan bangunan atau halaman banyak pokok?
Sesetengah jenis rumput memerlukan lebih enam jam sehari cahaya matahari.
Sumber:berita harian
** Sila hubungi atau email kepada kami untuk mengetahui harga dan sebutharga *
Zila.ghoni @gmail.com
Whatsapp 011 51132007
Call 0126099300
https://www.facebook.com/rumputhiasan
Instagram: #g_grass