Kenapa Pemilihan Rumput Sangat Penting Dalam Landskap Rumah?
Rumput bukan sekadar alas hijau di halaman β ia menjadi latar utama kepada keseluruhan suasana rumah anda. Pemilihan rumput yang tepat boleh menjadikan:
- Rumah nampak lebih moden atau tropika
- Laman lebih mudah dijaga
- Tapak yang selamat untuk kanak-kanak bermain
Contohnya, rumput cow grass sangat sesuai untuk kawasan luas, manakala rumput pearl grass lebih sesuai untuk tepi laluan atau sudut taman.
5 Jenis Rumput Yang Popular dan Menyerikan Landskap Rumah
1. Cow Grass β Ringkas dan Lasak
Cow grass ialah rumput paling biasa di Malaysia. Sesuai untuk halaman besar, ianya:
- Tahan lasak dan sesuai dipijak
- Mudah dijaga
- Sesuai untuk padang atau laman luas
π‘ Tips: Gabungkan cow grass dengan laluan batu (stepping stone) untuk gaya moden tropika.
2. Pearl Grass β Cantik & Lembut Dipijak
Pearl grass sangat sesuai untuk sudut taman dan bawah pokok hiasan. Ia:
- Mempunyai daun Berkelopak
- Memberi rupa yang kemas dan lembut
- Sesuai untuk kawasan separa teduh
π‘ Tips: Sesuai dipadankan dengan – Batas bunga dan pasu tanah liat
3. Philippine Grass β Gaya Tropika
Kalau nak rumah rasa macam resort, ini pilihan terbaik. Philippine grass:
- Berdaun separa halus
- Tak perlu potong selalu
- Pertumbuhan rendah dan kemas
- Ideal untuk kawasan teduh atau berhampiran patio

4. Japanese Grass β Kemas dan Estetik
Japanese grass sangat popular untuk gaya taman Jepun atau Zen:
- Berdaun halus seperti karpet
- Lebih memerlukan penjagaan berkala
- Sesuai untuk laluan batu dan laman kecil

5. Gabungan Rumput dan Batu β Kombinasi Estetik
Untuk gaya moden, gabungkan rumput pilihan anda dengan:
- Batu kelikir putih
- Stepping stone
- Lampu taman solar

Tips Penjagaan Rumput Supaya Kekal Cantik
- Siram awal pagi atau petang
- Gunting bila mencecah 2β3 inci
- Buang daun gugur dan lumut secara berkala
- Baja organik setiap 1β2 bulan
Rujukan Berguna
- Jenis-Jenis Rumput Popular di Malaysia (2025)
- Cara Pulihkan Tanah Keras dan Padat
- Potong Rumput Selepas Hujan: Selamat atau Tidak?
Klik sini untuk tempahan pantas:
www.wasap.my/601151132007
Atau layari laman web rasmi kami:
