Transformasi Laman Tepi Rumah – Pasang Philippine Grass

Siapa kata ruang tepi rumah tak boleh jadi cantik? Kadang-kadang kawasan kecil yang dulu nampak semak boleh bertukar jadi laman hijau segar β€” asalkan kena cara dan jenis rumput yang betul.
Inilah kisah salah satu projek sebenar yang kami baru siapkan bersama pelanggan Pembekal Rumput

Lihat hasil selepas 2 minggu disni

Langkah 1: Pemeriksaan & Ukuran Tapak

Sebelum mula pasang, kami datang untuk ukur kawasan dan periksa keadaan tanah. Setiap tapak berbeza β€” ada yang tanah liat, tak rata, atau terlalu keras.
Daripada pemeriksaan ini, kami boleh cadangkan jenis rumput paling sesuai:
🌿 Cow Grass – tahan lasak dan sesuai untuk kawasan teduh.
🌿 Philippine Grass – halus, lembut, dan nampak kemas bila dah tumbuh sekata.
🌿 Pearl Grass – cepat merebak dan senang dijaga.
🌿 Japanese Grass – warna hijau gelap, sesuai untuk gaya landskap moden

Langkah 2 : Penyediaan Tanah

Tanah yang baik menentukan hasil akhir. Sebelum pasang rumput, kami buang rumput liar dan buang sisa akar lama.Kadang-kadang pelanggan tak sangka betapa pentingnya langkah ni – sebab kalau tanah tak disiapkan betul, rumput baru tak akan tumbuh sekata.
Kalau tanah padat, kami longgarkan sedikit supaya air siraman nanti mudah meresap dan tak bertakung.

Langkah 3: Pasang Philippine grass

Rumput segar dari ladang kami sampai dalam bentuk kepingan.Ia terus boleh di pasang di atas tanah yang dah disiapkan.
Selepas siap pasang, kami siram bagi lembap supaya akar cepat serap tanah baru. Dalam masa 3–5 hari, rumput biasanya dah mula stabil.

cara pasang philippine grass

Hasil Akhir: Laman Jadi Segar

Dulu – rumput liar tumbuh meninggi
Sekarang – hijau segar, lembut dipijak dan sejuk mata memandang.

pasang rumput philippine grass
pemasangan rumput karpet philippine

Nak laman rumah anda berubah macam ni juga?

hasil selepas 2 minggu di sini

Kami sedia bantu dari ukur, cadang jenis rumput, hingga siap pasang.
πŸ“ž Hubungi kami di pembekalrumput.com whatsapp 01151132007
πŸš› Penghantaran & pemasangan seluruh Semenanjung Malaysia.

Tengok Video pemasangan di sini @greendaygrass

Menu
Scroll to Top
Menu