Rumput Karpet | Pilihan no 1 untuk Laman Rumah Anda 

Apa Itu Rumput Karpet?

Rumput karpet philipine

Rumput karpet merujuk kepada rumput hiasan berdaun halus, tumbuh rapat dan rata, menjadikan permukaan tanah nampak seperti permaidani hijau. Di Malaysia, hanya dua jenis rumput yang dikategorikan sebagai rumput karpet:

Rumput karpet jenis Japanese & Philippine grass kini jadi pilihan utama untuk laman yang cantik & kemas. Ketahui ciri, harga & cara penjagaan lengkap di sini!

Rumput Karpet

Kedua-duanya sesuai untuk kawasan kediaman, pejabat, landskap taman, dan lokasi yang mementingkan penampilan kemas & eksklusif.

Jenis Rumput Karpet di Malaysia

1. karpet Jepun (Japanese Grass)

  • Daun sangat halus, lembut bila dipijak.
  • Warna hijau lembut & nampak kemas bila dipotong rapi.
  • Sesuai untuk kawasan teduh atau separa matahari.
  • Perlukan penjagaan lebih rapi, termasuk pemotongan berkala.
rumput karpet japanese grass

2.karpet philipine (Philippine Grass)

  • Daun lebih kasar sedikit daripada Japanese grass, tapi masih halus.
  • Tahan panas & lebih senang dijaga berbanding Japanese.
  • Sesuai untuk laman rumah, villa, dan projek premium.
  • Pertumbuhan lambat, tapi hasil akhir sangat memuaskan.

Perbezaan Japanese vs Philippine Grass

CiriJapanese GrassPhilippine Grass
Tekstur DaunHalus & lembutsedikit kasar & pendek
Tahap PenjagaanTinggiSederhana
Tahan Cuaca PanasSederhanaTinggi
PenampilanLebih kemas & eksklusifCantik & natural
Kadar PertumbuhanLambatLebih lambat

Harga Rumput Karpet Terkini (2025)

Jenis Rumput KarpetHarga / persqft(Anggaran)
Japanese GrassRM 2.00 – RM 3.00
Philippine GrassRM 1.20 – RM 2.00

Harga mungkin berubah mengikut kuantiti dan lokasi penghantaran.

Cara Pasang Rumput

  1. Bersihkan permukaan tanah – buang batu, rumput lama & akar.
  2. Ratakan tanah – supaya rumput boleh tumbuh sekata.
  3. Letakkan lapisan topsoil – bantu akar rumput bernafas.
  4. Susun keping rumput rapat-rapat – tanpa jarak.
  5. Siram banyak selepas pasang – pastikan tanah sentiasa lembap seminggu pertama.
  6. Tekan atau gulingkan – untuk pastikan rumput melekat elok.

Penjagaan Rumput Karpet

  • Siram pagi atau petang – terutama minggu pertama.
  • Potong setiap 2–3 minggu – untuk kekalkan penampilan kemas.
  • Baja sebulan sekali – guna baja hijau atau baja organik.
  • Cabut rumput liar awal – jangan tunggu sampai merebak.

Kenapa Pilih Kami Sebagai Pembekal Rumput di Malaysia?

  • Kami bekalkan rumput hidup berkualiti, penuh padat tanpa rumput liar
  • Di tanam dalam polybeg,
  • Di tuai dan di hantar pada pelanggan apabila rumput betul betul matang dan penuh
  • Sesuai untuk pelanggan individu, kontraktor & projek landskap besar.
  • Penghantaran terus ke tapak seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Lebih 12 tahun pengalaman dalam industri rumput hiasan.

Tempah Sekarang (Terus ke WhatsApp):

Klik untuk hubungi kami di WhatsApp

Facebook: Pembekal Rumput Malaysia

Website: Pembekal Rumput

TikTok: @greendaygrass

Scroll to Top