Rumput sesuai untuk Cuaca panas di Malaysia.Cuaca panas memang mencabar,bukan sahaja untuk manusia – tapi juga untuk rumput di halaman rumah.Kalau tersalah pilih rumput,laman boleh jadi kering,bertompok,atau mati.
Jadi, artikel ini akan bantu anda pilih jenis rumput hidup yang paling tahan panas,mudah dijaga,dan sesuai untuk cuaca Malaysia yang lembap dan terik sepanjang tahun.

Ciri-Ciri Rumput Sesuai Untuk Cuaca Panas
Sebelum pilih rumput, penting untuk tahu apa ciri-ciri rumput yang tahan panas:
- Akar yang kuat dan dalam (boleh serap air dari tanah walaupun musim kering)
- Daun yang tebal dan tak mudah layu
- Tahan cahaya matahari direct sepanjang hari
- Tumbuh rapat dan cepat pulih bila dipotong
Jenis Rumput Yang Sesuai Untuk Cuaca Panas di Malaysia
1. Cow Grass (Rumput Lembu)
✅ Paling tahan panas & lasak
✅ Sesuai untuk kawasan lapang dan cahaya penuh
✅ Kos murah & mudah dipotong
Sesuai untuk pelanggan yang nak rumput basic tapi tahan lasak,contohnya di taman permainan,sekolah,atau rumah kawasan terbuka.
2. Pearl Grass (Rumput Mutiara)
✅ Tahan panas tapi lebih lembut dari cow grass
✅ Sesuai untuk kawasan rumah dan dekorasi taman
✅ Tak terlalu kasar bila pijak
Pilihan seimbang antara tahan panas dan estetik. Sesuai untuk mereka yang nak laman cantik tapi tetap tahan cuaca.
3. Philippine Grass
✅ Halus & sedap mata memandang
✅ Perlukan penjagaan lebih sikit, tapi masih tahan cuaca panas
✅ Cantik untuk landskap rumah dan hotel
Sesuai kalau anda sanggup luang masa sikit untuk potong dan siram – hasilnya memang lawa.
4. Japanese Grass
⛔ Kurang sesuai untuk cuaca sangat panas
⛔ Lebih sensitif,cepat kering kalau tak cukup air
✅ Cantik tapi perlukan penjagaan rapi
Kalau rumah anda banyak teduhan atau anda sanggup jaga lebih rapi,barulah sesuai guna rumput ni.
Tips Tambahan Untuk Jaga Rumput Ketika Cuaca Panas
- Siram awal pagi atau lewat petang – Elak siram waktu tengah panas.
- Potong rumput ikut panjang sesuai – Jangan potong terlalu pendek,nanti cepat layu.
- Baja sebulan sekali – Gunakan baja rumput khas untuk bantu akar kuat dan tahan panas.
- Pastikan saliran air elok – Air bertakung boleh buat rumput mati cepat.
Kesimpulan: Pilih Rumput Ikut Lokasi dan Gaya Hidup Anda
Kalau anda nak rumput yang tahan panas dan low maintenance,cow grass dan pearl grass adalah pilihan terbaik. Tapi kalau anda nak laman yang lebih halus dan cantik,boleh pilih Philippine grass – cuma pastikan anda ada masa untuk jaga.
Jika anda masih tak pasti nak pilih yang mana, boleh terus WhatsApp kami di 📲 wasap.my/601151132007 — kami sedia bantu anda pilih rumput paling sesuai ikut bajet dan lokasi.
Jemput Melawat :
Facebook page
https://www.facebook.com/pembekalrumputmalaysia
Web
https://www.pembekalrumput.com/